Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Siti Nurhaliza- SOLD OUT




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Happy 36th Birthday Aishwarya Rai Bachchan

Saya membesar dengan menonton filem-filem Hindi 50-an dari zaman Raj Kapoor sehingga cucunya Ranbir Kapoor sekarang,dari zaman Nargis sehingga Katrina Kaif (yang pelat Bahasa Hindinya) digelar aktres nombor satu.

Logik filem-filem Bollywood adakalanya memang tak tercapai akal tapi logik inilah yang menjadi magis dan candu. Magis inilah yang membuatkan industri perfileman Bollywood kekal diminati.Menyanyi, menari,dibelasah penjahat tapi tak mati-mati(kalau hero mati, pawagam kena bakar atau penonton merusuh).

Tetapi, ada seorang pelakon Bollywood yang saya sangat kagumi dan minati iaitu Aishwarya Rai Bachchan. Nama manjanya Ash. Rasanya ramai yang kenal Ash yang dinobatkan sebagai 'The Most Beautiful Woman In The World'.Sangat cantik.Lihat sahaja mata hijaunya.Sungguh memukau.Ash memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia 'Miss World' 1994 dan dalam sejarah pertandingan itu, Ash mendapat markah tertinggi sepanjang zaman dan diundi sebagai Miss World paling cantik.

Pada usia 36 tahun hari ini, Ash berjaya muncul satu-satunya aktres berusia 3o-an dan sudah berkahwin paling popular,berjaya dan terus diminati.Sejarah membuktikan bahawa industri perfileman Bollywood pernah berlaku kejam terhadap aktres 30-an dan sudah berkahwin tidak kira betapa hebat dan masyurnya aktres-aktres itu pada zaman kemuncak mereka seperti Madhuri Dixit,Sridevi dan Karisma Kapoor.Ironinya, hero-hero berusia tetap diterima seperti Amitabh Bachchan(67 tahun),Sanjay Dutt(50),Anil Kapoor(49), Aamir Khan(44), Shah Rukh Khan(43),Salman Khan(43), Akshay Kumar(42) dan watak-watak mereka dalam filem semakin dipelbagaikan dan ligat berpasangan dengan aktres muda separuh usia mereka.

Pencapaian Ash sekarang diharap bakal merevolusikan industri perfileman Bollywood terhadap aktres dalam kategori umurnya dan telah berkahwin.Saya akan terus mengikuti perkembangan kerjaya dan peribadi Ash. Secara teknikalnya,Aishwarya Rai Bachchan ialah aset dunia Bollywood.Mari kita analisa Ash untuk debit(kekuatan) atau kredit(kekurangan).

Debit(Dr)
1- Bidadari jelita
Kecantikan universal yang membolehkan Ash berlakon sebagai orang India/Eropah/Hispanik.
Sepasang mata hijau yang mengasyikkan dan bertubuh tinggi. Model L'oreal Paris,Lux,Longines.

2- Bakat lakonan tak disangka
Menang Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam
dan Devdas. Lakonan hebat lain dalan filem Jodha Akbar,Guru, Provoked, Dhoom 2, Raincoat,Choker Bali,Taal.Menjadi rebutan pengarah filem
terkemuka untuk projek filem mega. Filem baru yang paling saya teruja
ialah Guzaarish arahan Sanjay Leela Bhansali lakonan Ash dan Hrithik Roshan

3- Tari gemalai mengasyikkan
Antara aktres yang paling handal menari dalam sejarah Bollywood selain
Madhuri Dixit.Tarian terhebat menerusi lagu Dola Re Dola(Devdas), Kajra Re(Bunty Aur Babli), Nimbooda (Hum Dil De Chuke Sanam), Barso
Re(Guru), Salaam(Umrao Jaan) dan Ramta Jogi(Taal)

4- Hollywood dan global.Jai Ho!

Pelakon dari India paling bernilai di Hollywood.
Berlakon The Pink Panther 2, The Last Legion, Bride and Prejudice.Juri
Festival Filem Cannes 2003, patung lilin di Madame Tussauds London,
bunga tulip di Belanda dinamakan sempena namanya,anugerah
Padmashree,cover majalah Time, ditemubual dalam Oprah,Tyra Banks,Martha Stewart,David Letterman,60 Minutes

5- Bachchan Bahu/Bahurani
Bersuamikan Abhishek Bachchan anak lagenda Bollywood Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan.Status sebagai menantu keluarga Bachchan
dan berhubungan dangan ahli politik dan jutawan perniagaan.
Keluarga filem paling berpengaruh dan diminati di Bollywood selain Kapoor

Credit(Cr)

1- Plastik
Ada yang menganggap Ash berpura-pura dan tidak semanis yang disangka. Antara yang paling signifikan adalah slanga bahasa Inggerisnya dituturkan berbeza di India dan luar negara.Jarang memakai saree di luar negara walaupun ia satu platform memperkenalkan imej dan identiti wanita India dan India secara umumnya

2- Watak terhad
Ash sangat sinonim dengan watak wanita lembut fizikal tetapi kuat dalamannya.Watak- watak yang agak kasar,lembik,lemau dan kurang feminin seperti dalam filem Umrao Jaan,Josh,Dhai Akshar Prem Ke, Kyun Ho Gaya Na, Albela,Aa Ab Laut Chalen kurang berjaya dilakonkan dengan berkesan.Lebih penting lagi,adakah industri perfileman Bollywood bersedia mewujudkan watak-watak menarik seiring dengan peningkatan usia Ash.

3- Musuh
Dikatakan bermasam muka dan tidak sebulu dengan beberapa individu
ternama Bollywood seperti Salman Khan dan Viveik Oberoi(bekas kekasih), Rani Mukherjee (bekas BFF), Neeta Lulla(bekas pereka fesyen), Sonam Kapoor, Sushmita Sen.

4- Variasi hero
Hrithik Roshan ialah pasangan di layar perak yang paling serasi dengan Ash kerana kedua-duanya sama cantik dan tampan. Ash mungkin tidak
akan berlakon bersama dengan aktor generasi baru yang lebih muda
seperti Ranbir Kapoor, Shahid Kapoor, Imran Khan melainkan ada skrip
yang benar-benar menarik. Sampai bila Ash akan terus
berlakon dengan hero-hero senior yang sama?


5-Gosip dan kontroversi
Orang cantik dan terkenal seperti Ash memang diburu media yang inginkan kisah sensasi.Pelbagai gosip melanda dan banyak isu muncul seperti isu cukai,tukar nama hak tanah,masalah disiplin di lokasi bahkan isu berciuman mulut dengan Hrithik Roshan dalam filem Dhoom 2


Selamat Hari Lahir A i s h w a r y a R a i B a c h c h a n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS